| rdfs:comment
| - 300px|left|Ayumi, Are you me? Ayumi Shibata (柴田 あゆみ, Shibata Ayumi?) Suara oleh: Hitomi Nabatame Ayumi merupakan isteri Hajime yang telah meninggal dunia. Hajime bekerja keras dan seringkali meninggalkan isterinya bersendirian dengan hasrat untuk menaiktaraf kehidupan mereka. Ayumi yang seringkali berasa sunyi tanpa Hajime, telah mempunyai hubungan sulit bersama seorang ahli politik yang sedang diintip Hajime. Disebabkan kejadian itu, Hajime telah menghalau isterinya keluar daripada rumah mereka dan melarangnya berjumpa dengan Tsugumi. Malangnya, Ayumi yang penuh dengan perasaan sedih, telah terbabit dalam kemalangan jalan raya beberapa ketika selepas pergaduhannya dengan Hajime, lalu meninggal dunia. Tsugumi menyimpan subang milik ibunya sebagai cenderamata. Hajime sangat mencintai Ayumi
|
| abstract
| - 300px|left|Ayumi, Are you me? Ayumi Shibata (柴田 あゆみ, Shibata Ayumi?) Suara oleh: Hitomi Nabatame Ayumi merupakan isteri Hajime yang telah meninggal dunia. Hajime bekerja keras dan seringkali meninggalkan isterinya bersendirian dengan hasrat untuk menaiktaraf kehidupan mereka. Ayumi yang seringkali berasa sunyi tanpa Hajime, telah mempunyai hubungan sulit bersama seorang ahli politik yang sedang diintip Hajime. Disebabkan kejadian itu, Hajime telah menghalau isterinya keluar daripada rumah mereka dan melarangnya berjumpa dengan Tsugumi. Malangnya, Ayumi yang penuh dengan perasaan sedih, telah terbabit dalam kemalangan jalan raya beberapa ketika selepas pergaduhannya dengan Hajime, lalu meninggal dunia. Tsugumi menyimpan subang milik ibunya sebagai cenderamata. Hajime sangat mencintai Ayumi dan berasa kesal kerana tidak memaafkannya. Dia percaya bahawa dia merupakan punca kematian isterinya, kerana jika dia telah memaafkan Ayumi, isterinya mungkin terselamat. Dalam musim kedua, Ayumi muncul beberapa ketika, membuktikan hubungannya dengan Gadis Neraka masih wujud. Pada waktu yang sama, dia sebenarnya mempunyai hubungan dengan Kikuri (didedahkan dalam episod terakhir musim kedua).
|